Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Wacana Lisan Perspektif Undang-Undang

Penulis: Rohaidah Haron

ISBN: 9789674608187

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Bahasa, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Buku ini membincangkan wacana lisan perspektif perundangan dengan berpandukan teori yang diajukan Hymes (1974). Teori ini bersifat fleksibel dalam menangani mana-mana kajian bahasa, malah merupakan pendekatan yang holistik dalam merungkaikan persoalan-persoalan bahasa dalam mana-mana peristiwa bahasa.

Perbicaraan di mahkamah adalah antara peristiwa bahasa yang selalu berlaku dalam kehidupan masyarakat. Penyertaan pemeran daripada pelbagai latar belakang dan isu (kes), menjadikan perbicaraan di mahkamah suatu kajian yang menarik untuk diteliti dan dikaji, penulis buku ini telah membuat penelitian terhadap wacana bahasa yang berlaku di mahkamah tinggi dan mahkamah syariah. Perbicaraan ialah medan komunikasi yang begitu aktif kerana setiap peguam perlu menyampaikan hujah masing-masing secara spontan dan sebaik mungkin.

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk ahli, penuntut, pengkaji dan peminat bahasa, khususnya bahasa Melayu.