Buku

Teori Kesatuan Kewujudan (Jilid 3): Hukum Pembelajaran

Penulis: Muhammad Al’Mahdi
Penterjemah: Rosiah Jantan

ISBN: 9789830686684

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama

Beli Dalam Talian:

TEORI KESATUAN KEWUJUDAN : Hukum Pembelajaran – Jilid 3 mengupas tentang hukum pembelajaran yang mengawal tingkah laku, iaitu hukum yang melaluinya tingkah laku manusia dapat dibentuk selaras dengan kehendak Tuhan. Tanpa mengetahui dan menghayati hukum ini, kehidupan manusia ibarat kapal tidak berkemudi dan hanyut dibawa arus pengaruh negatif tanpa tujuan. Sebaliknya, jika difahami dan dihayati, hukum ini dapat membantu kita memanfaatkan sepenuhnya tekad kita ke arah kebaikan dan kebenaran yang abadi.

Pencarian Profesor Muhammad al’ Mahdi kepada kebenaran mencakupi tempoh hampir 14 tahun sebagai penuntut universiti sepenuh masa di Amerika Syarikat yang melibatkan beliau mengikuti tiga setengah program PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak, psikologi eksperimen dan psikologi pendidikan. Beliau memulakan pengajiannya dalam bidang sains fizikal. Oleh sebab latihan awal yang diperoleh beliau adalah dalam bidang elektronik nuklear, maka beliau menghabiskan tempoh empat tahun setengah dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik di salah sebuah makmal fizik teoretikal yang terkenal pada masa itu. Di situlah beliau mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang dengan penerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik berkenaan sifat alam semesta fizikal kita yang paling asas. Sejak beliau menjadi pelajar hampir 30 tahun yang lalu, beliau banyak menumpukan kepada mempelajari Islam dan membuat rancangan untuk membantu membetulkan banyak kesilapan dalam dunia hari ini supaya anak-anak kita dapat hidup dengan mengenali Tuhan.

Profesor Muhammad Al’ Mahdi berpendapat bahawa, kuasa hukum pembelajaran dapat membawa perubahan sosial yang positif kepada dunia.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial