Buku

Teori Kesatuan Kewujudan (Jilid 1): Alam Semesta Tercipta

Penulis: Muhammad Al’Mahdi
Penterjemah: Rosiah Jantan

ISBN: 9789830686660

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama

Beli Dalam Talian:

TEORI KESATUAN KEWUJUDAN ALAM : Alam Semesta Tercipta - Jilid 1 memaparkan pengetahuan tentang permulaan terciptanya alam semesta. Ia menggabungkan aspek kosmologi, fizik, biologi, falsafah dan teologi dalam menerangkan dengan terperinci keseluruhan penciptaan fizikal. Jawapan kepada soalan yang sekian lama ditanya oleh manusia telah dirungkai dengan panjang lebar seperti : adakah Tuhan wujud, apakah makna kehidupan, apakah hakikat kebaikan dan kejahatan, dari manakah datangnya tekad bebas kita, adakah kehidupan selepas kematian, dan apakah yang ada pada masa depan bagi bangsa manusia?

Pencarian Profesor Muhammad al’ Mahdi kepada kebenaran mencakupi tempoh hampir 14 tahun sebagai penuntut universiti sepenuh masa di Amerika Syarikat yang melibatkan beliau mengikuti tiga setengah program PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak, psikologi eksperimen dan psikologi pendidikan. Beliau memulakan pengajiannya dalam bidang sains fizikal. Oleh sebab latihan awal yang diperoleh beliau adalah dalam bidang elektronik nuklear. Maka beliau menghabiskan tempoh empat tahun setengah dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik di salah sebuah makmal fizik teoretikal yang terkenal pada masa itu. Di situlah beliau mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang dengan penerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik berkenaan sifat alam semesta fizikal kita yang paling asas. Sejak beliau menjadi pelajar hampir 30 tahun yang lalu, beliau banyak menumpukan kepada mempelajari Islam dan membuat rancangan untuk membantu membetulkan banyak kesilapan dalam dunia hari ini supaya anak-anak kita dapat hidup dengan mengenali Tuhan.

Profesor Muhammad Al’ Mahdi menganggap bahawa pengetahuan yang dipaparkan dalam buku inilah yang membuatkan beliau meninggalkan kepercayaan ateis yang kuat dipegangnya lantas menerima hakikat bahawa Tuhan memang wujud.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial