Buku

Siri Jaguh Atlet Malaysia LEE CHONG WEI

Penulis: Judy Hasday

ISBN: 9789674303174

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sukan

Beli Dalam Talian:

Lazada

Lee Chong Wei terkenal sebagai salah seorang pemain badminton terbaik dunia. Pada 2008 hingga 2012, beliau tersenarai sebagai pemain badminton terbaik dunia dan jaguh di tanah airnya sendiri, Malaysia. Anak emas sukan badminton Malaysia ini mula menceburi sukan badminton secara profesional sejak 2002, tetapi beliau sebenarnya telah berjinak-jinak dengan sukan ini sejak kecil lagi.

Selami kisah hidup Chong Wei daripada kedudukan selaku pemain nombor satu dunia hinggalah kepada pencapaiannya meraih lebih banyak pingat Sukan Olimpik berbanding dengan jaguh sukan lain di Malaysia. Susuli zaman kanak-kanaknya di Malaysia dan kisah kebangkitannya menjadi seorang bintang antarabangsa. Ikuti rahsia Lee Chong Wei dalam meletakkan dirinya sebagai jaguh atlet Malaysia dan bagaimana beliau mengekalkan pencapaian cemerlangnya bagi tempoh lama.