Buku

Siri Fokus Sains: Sistem Suria

Penulis: Anna Claybourne
Penterjemah: Siti Mahani Awang

ISBN: 9789830685915

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

- Apakah planet yang terletak paling hampir dengan Matahari?

- Apakah fungsi ginjal anda?
- Bagaimanakah MP3 berfungsi?
- Apakah cuaca yang dibawa oleh sesuatu jenis awan?
- Mengapakah warna anak mata begitu?
- Berapa lamakah sumber Bumi mampu bertahan?

SIRI FOKUS SAINS ITNM ialah siri sains asas yang menjawab semua soalan ini. Ia memberikan pengenalan yang jelas tentang topik yang ingin dipaparkan dan merupakan sumber rujukan mudah untuk penyelidikan. Teksnya yang ditulis dengan kemas dan teratur juga dihiasi dengan gambar dan rajah berwarna yang besar. Kotak Fokus Fakta dan Fokus Sejarah yang memaparkan maklumat tambahan serta kotak Fokus Bukti yang mengandungi cadangan aktiviti penyiasatan praktikal turut dimuatkan dalam buku ini.

SISTEM SURIA menyiasat kawasan angkasa lepas yang turut dihuni oleh Bumi, termasuk:
- planet yang mengorbit Matahari, bulan dan juga ciri-ciri lain
- cara kita menjelajah Sistem Suria dan Alam Semesta termasuk pengembaraan manusia ke angkasa lepas
- komet, asteroid dan meteoroid, termasuklah kemungkinan salah satu objek itu akan terhempas ke Bumi!