Buku

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS: Orang Sungai

Penulis: Rosazman Hussin, Jalinah Md. Shah, Dayu Sansalu

ISBN: 9789830688602

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penerbitan buku dalam siri ini merupakan hasil kajian UMS yang menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik di Sabah dan Borneo. Segala maklumat yang lengkap didokumentasikan ini boleh menjadi rujukan penting bagi mengkaji dan memahami tatacara kehidupan etnik-etnik yang terdapat di Sabah.

Masyarakat Sabah: Orang Sungai mengandungi maklumat lengkap tentang sejarah asal usul dan identiti budaya Orang Sungai di Sabah. Kupasan yang terkandung dalam buku ini berasaskan kajian dalam bidang sejarah, sosiologi dan antropologi sosial, kajian etnik, kajian seni dan budaya.