Buku

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS : Bugis Sabah

Penulis: Asmiaty Amat

ISBN: 9789830688589

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Buku Siri Etnik Sabah ini merupakan hasil kerja sama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Objektif utama penulisan buku ini adalah sebagai bahan bacaan para siswa dan siswi institut pengajian tinggi dan bacaan umum masyarakat Malaysia. Penulisan buku ini sebenarnya selaras dengan fokus atau niche kajian Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, UMS, iaitu menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Borneo. Siri ini diharap menjadi satu dokumentasi yang boleh digunakan sebagai rujukan bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui tentang etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah.

Buku masyarakat Bugis Sabah ini menelusuri sejarah awal perhijrahan mereka ke Sabah. Selain itu, turut dibicarakan juga tentang organisasi sosial, adat istiadat, gambaran sosioekonomi dan sosiobudaya serta falsafah hidup masyarakat Bugis Sabah, selain cabaran, hala tuju dan isu-isu berkaitan masyarakat ini.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial