Buku

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS: Bajau Pantai Timur

Penulis: Md.Saffie Abd.Rahim, Sabihah Osman, Ramzah Dambul

ISBN: 9789830688572

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penerbitan buku dalam siri ini merupakan hasil kajian UMS yang menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik di Sabah dan Borneo. Segala maklumat yang lengkap didokumentasikan ini boleh menjadi rujukan penting bagi mengkaji dan memahami tatacara kehidupan etnik-etnik yang terdapat di Sabah.

Etnik Bajau ialah salah satu etnik bumiputera yang terbesar di Sabah. Kumpulan etnik Bajau dapat dibahagikan kepada dua, iaitu etnik Bajau dibahagian Pantai Timur dan juga etnik Bajau yang menetap di bahagian Pantai Barat. Masyarakat mereka yang pelbagai ini menyebabkan mereka kurang dikenali oleh masyarakat umum secara menyeluruh dan kerap kali menimbulkan kekeliruan dalam mengenal pasti identiti setiap etnik Bajau yang menetap di Pantai Timur Sabah.