Buku

Raksa Raya Malaysia

Penulis: Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

ISBN: 9789674307011

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan, Politik

Beli Dalam Talian:

Lazada

Beli e-Buku:

Google

Buku ini membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kenegaraan dan hubungan etnik di Malaysia. Semua isu yang dibincangkan berdasarkan kepada isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara. Isu-isu kenegaraan dan hubungan etnik yang dipaparkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta mendidik masyarakat agar dekat dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan hubungan kaum di negara ini.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya memandangkan generasi dan masyarakat pada hari ini tidak hanya perlu didedahkan tentang asas-asas serta teori kenegaraan dan hubungan etnik di dalam negara semata-mata, bahkan generasi pada hari ini juga perlu peka dengan isu-isu yang pernah berlaku dan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pembangunan bangsa dan negara. Ini adalah penting bagi memastikan generasi pembaca sentiasa peka dengan perkara yang telah berlaku di dalam negara mereka sendiri.