Buku

Puteri Beradu

Penterjemah: Maisara Ainulsofia Abdul Rashid

ISBN: 9789674306366

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerita Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Beli e-Buku:

Google

Puteri Beradu ialah buku berilustrasi di bawah Siri Kisah Olahan. Buku ini menceritakan seorang puteri yang direstui oleh pari-pari dengan pelbagai pemberian seperti kecantikan, sifat lemah lembut dan sebagainya selepas dilahirkan. Namun, seorang pari-pari jahat telah menyumpahnya agar puteri itu meninggal dunia selepas tercucuk pada jarum mesin tenun. Sementara itu, seorang pari-pari baik telah mengubah sumpahan itu dengan menukarkan kematian itu kepada tidur yang lena selama 100 tahun, hinggalah puteri dibangunkan dengan sebuah ciuman daripada seorang putera raja.

Apabila puteri itu meningkat usianya, jarinya tercucuk jarum mesin tenun dan sumpahan pari-pari jahat itu menjadi kenyataan. 100 tahun selepas itu, seorang putera yang telah mendengar kisah tersebut akhirnya menemui Puteri Beradu dan membangunkannya dengan ciuman. Kemudian, kedua-duanya berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.