Buku

Pragmatik

Penulis: Yan Huang
Penterjemah: Puteri Roslina Abdul Wahid

ISBN: 9789670798714

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Bahasa, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku Pragmatik menyediakan pengenalan kepada bidang linguistik pragmatik kontemporari yang tetap dan terkini serta mudah difahami. Sebagai salah satu cabang bidang linguistik, pragmatik boleh diiktirafkan sebagai kajian sistematik makna berdasarkan penggunaan bahasa atau kebergantungannya pada penggunaan bahasa. Pragmatik diperkenalkan dan diperincikan khusus bagi pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang linguistik, ataupun bagi pelajar yang baru mengkhusus dalam bidang ini.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I merangkumi tajuk utama dalam pragmatik. Antaranya yang berkait dengan teori implikatur perbualan klasik Grice, pragmatik neo-Grice dan konvensional, praandaian, perlakuan tuturan bahasa serta analisis deskriptif beberapa jenis deiksis.

Bahagian II pula membincangkan topik yang merupakan aspek baharu dalam pragmatik yang memfokuskan pelbagai penghubung antara pragmatik dengan bidang penyelidikan lain, tentang penghubung pragmatik dan kognisi, penghubung bidang pragmatik dan kognisi, penghubung bidang pragmatik dan semantik serta mengkaji interaksi dan pembahagian pengkhususan antara pragmatik dan sintaksis, dengan tumpuan pada teori pengikat dan anafora.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial