Buku

Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan

Penulis: Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

ISBN: 9789830687254

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 49.00 / 54.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Malaysia tidak mempunyai banyak waktu, dan hakikat bahawa kita sedang diperhati turut menambah debar cabaran kepada misi penting mencapai Wawasan 2020. Hakikatnya, menjelang detik tersebut, seluruh dunia akan menumpukan derianya kepada kita, teruja mahu melihat apakah hasil akhir gagasan yang selama ini begitu rakus kita canangkan kepada semua. Persoalannya, apakah hasil penamat kita itu nanti? Berjaya cemerlang, atau rebah dan tumbang?

Tepuk dada tanya selera, buku ini menyampaikan pesan serta harapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak kepada seluruh warga Malaysia serta penjawat awam khususnya, dan bakal membuat kita menyoal semula diri sendiri, apakah kita bersama-sama dalam misi negara mencapai Wawasan 2020, atau sebaliknya menjadi musuh dalam selimut, perencat agenda transformasi, pembunuh masa depan negara!