Buku

Naskhah Nuraga

Penulis: Raihani Mohd Saaid

ISBN: 9789674605322

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Bukanlah Raihani Mohd Saaid jika puisi-puisinya sepi tanpa watak-watak daripada filem-filem, sejarah silam dan tragedi purba. Watson, Nadim, Tun Hamzah, Hamlet, Macbeth, Brutus, Antonius, dan Bujang Lapok merupakan sebahagian watak masyhur yang diperikan dalam puisi menjadi bidak-bidak dalam menyampaikan buah fikir yang padat.

Naskhah Nuraga, kumpulan puisi ketiganya, bermuat himpunan naskhah untuk berbahagi rasa, menduga arus fikir, menyatakan sikap dan pendirian, menyuguhkan pemikiran dan meraikan kebijaksanaan. Kumpulan puisi ini dekat dengan jiwa anak muda yang pemberontak di tengah-tengah goncangan siasah yang berombak.

“Terlalu ramai antara kita

memenangkan orang besar dan kesilapannya

terlalu sedikit antara kita

membela orang kecil dan kearifannya.”