Buku

Mimpi Presiden

Penulis: Joe K.A.S

ISBN: 9789674601379

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Lima buah drama yang termuat di dalam naskhah ini memperlihatkan idea yang rencam, kepelbagaian dan sukar diduga. Penulis kritis dalam mentafsir isu-isu semasa berkait soal politik atau sosial masyarakat.

Naskhah ini adalah hasil karya penulis anarkis muda yang dalam dadanya penuh dengan suara-suara lantang yang terpendam. Suara tidak puas hati dengan sistem, peraturan, hukum ciptaan manusia dan segala keterbatasan yang melingkari kehidupan kita seharian. Suatu isu yang bukan isu bagi orang lain bukanlah bermakna tiada isu dalam negara yang sedang menuju untuk menjadi negara maju ini. Suara kecil daripada rakyat kecil harus juga didengar walaupun nadanya sumbang dan sifat anarkisnya 360 darjah.

-Ismail Kasan, Penerima S.E.A Write Award 2012 -