Buku

Membaca: Motivasi & Kaedah

Penulis: Zaini Ujang

ISBN: 9789674608378

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 65.00 / 70.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kajian Perpustakaan Negara Malaysia pada 2014 merekodkan seorang rakyat Malaysia membaca 15 hingga 20 buku setahun. Angka ini berganda jauh lebih baik dibandingkan hanya satu halaman setahun pada awal 1980-an. Bagaimanapun, kadar membaca negara masih jauh ketinggalan, kerana berbanding 31.7 juta bilangan populasi hari ini (2019), sasaran ideal yang mesti dicapai ialah setiap rakyat Malaysia perlu membaca 30 buku setahun.

Justeru, buku ini yang merupakan edisi ketiga, telah ditulis semula, diperbaharui kandungannya, dikemas kini dan diberi tambahan bab serta kata pendahuluan baharu, dengan matlamat untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca. Menerusi buku ini, penulis berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang, mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih 30 buku setahun, selari matlamat digariskan untuk penduduk sebuah negara maju.

Pendek kata, ini peluang keemasan. Buku ini mendedahkan 1,001 rahsia serta tips berkaitan membaca, selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan (scanning) yang akan membolehkan anda membaca sehingga 20,000 patah perkataan seminit! Justeru, miliki buku ini. Ia boleh membantu menjadikan hidup anda lebih berjaya dan sekali gus meletakkan anda menjadi sebahagian pencorak arah baharu masa depan dan ketamadunan bangsa serta negara.