Buku

Melatih Penterjemah

Penulis: Paul Kussmaul
Penterjemah: Dahlina Daut @ Mohmud

ISBN: 9789674600556

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Penterjemahan

Beli Dalam Talian:

Bookcafe Lazada

Melalui penggunaan protokol fikir-sebut, buku ini bermula dengan mengkaji proses mental pelajar apabila mereka menterjemah. Proses yang kreatif dan berjaya boleh digunakan secara langsung untuk tujuan pengajaran, sementara proses yang tidak berjaya boleh digunakan untuk mengenal pasti bahagian yang memerlukan latihan. Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan untuk menambah baik kecekapan penterjemah dibincangkan.

Strategi yang ditawarkan adalah berdasarkan analisis pragmatik dan semantik teks dari sudut pandangan yang mempunyai fungsi, termasuk perkara praktikal seperti penggunaan kamus dan penilaian terjemahan analisis kesalahan. Buku ini disasarkan untuk guru di institusi yang melatih penterjemah, tetapi pelajar juga boleh memanfaatkan buku ini untuk latihan kendiri.