Buku

Renyai Pelangi (Kumpulan Puisi)

Penulis: Abd. Rahim Omar

ISBN: 9789674303433

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan puisi ini digarap dengan tuntas oleh penulis mengikut susunan masa kehidupannya - dengan menggunakan lenggok bahasa yang berseni dan estetik seterusnya merangsang daya fikir pembaca.

Melalui 100 buah puisi ini, penulis memulai danau kehidupannya dengan merakamkan pengorbanan seorang ibu, jasa bakti guru dan orang sekeliling yang mendewasakan. Dalam langkah dan mendayung jati diri dan patriotisme melintasi sejauh benua saujana melalui pemikiran-pemikiran yang semakin dewasa dengan catatan-catatan sensitiviti terhadap segala hal yang berlaku di persekitarannya dan juga luar lingkup geografi termasuk isu bahasa melayu dan bangsa melayu, sosiobudaya masyarakat yang kian rencam dan mencabar, isu antarabangsa dan tidak terkecuali isu alam sekitar yang menggeluti kerjayanya. Perjalanan usia akhirnya mempertemukan diri dengan persoalan hakikat kehidupan sebelum tiba ke destinasi abadi.