Buku

Kumpulan Esei: Kepingan Mozek: Sastera & Sejarah

Penulis: Lai Choy

ISBN: 9789674602802

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 28.00 / 33.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Buku Kepingan Mozek (Sastera & Sejarah) ini mencantumkan esei-esei Lai Choy seputar sastera dan juga sejarah. Esei-esei ini pernah diterbitkan di akhbar dan majalah berbahasa cina tempatan, iaitu Nanyang Sing Pau, Sin Chew Jit Poh dan majalah sastera penulis-penulis. Buku ini terbahagi kepada tiga kumpulan yang merangkumi tiga tema yang berlainan. Kumpulan I menelusuri karya sastera di Malaysia seperti cerita-cerita legenda melayu, sastera mahua, sastera rakyat hakka dan opera kantonis. Sesudah mendalami karya sastera di malaysia, dalam kumpulan II, Lai Choy membawa pembaca mengenali sastera seputar Asia Tenggara, Jepun, klasik Cina sehingga ke Afrika dan sasterawan barat. Manakala kumpulan III banyak mengupas sejarah dan budaya orang cina. Ketiga-ketiga kumpulan ini, meskipun membawa tema-tema yang berlainan dan kelihatan terpisah seperti kepingan mozek, namun mencantumkan rakaman pemerhatian dan analisis Lai Choy terhadap kebudayaan dan kesusasteraan di Malaysia dan seluruh dunia.