Buku

Seekor Ular Besar Melingkar di Dada Bantal

Penulis: Jaya Ramba

ISBN: 9789670798950

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Etnografi masyarakat etnik Iban di Sarawak sentiasa melatari ceritera nukilan penulis ini yang berpegang teguh pada anutan dan budaya nenek moyangnya. Ruang yang telah terbuka, digunakan dengan sebaik-baiknya oleh penulis demi mengetengahkan rasa jiwanya terhadap budaya etnik yang didukungnya selama ini.

Kumpulan cerpen ini secara dasarnya banyak mencuit sisi kepercayaan, adat resam, dan pantang larang kaum Iban. Kreativiti yang digabungjalinkan dengan budaya etnik mampu menjentik debar dan rasa ingin tahu khalayak yang membaca setiap cerpen yang terkandung dalam buku ini.

Bagi mereka yang gemarkan kelainan, karya yang dimasyhurkan dengan unsur alam, kebatinan, dan spiritual ini amat wajar dijadikan sebagai koleksi bacaan mereka.