Buku

Anggerik Dari Bukit Tujuh

Penulis: Sutung Umar RS

ISBN: 9789830689555

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Apabila membaca cerpen-cerpen dalam kumpulan ini, kita terasa seperti berada dekat dengan dunia Sutung Umar RS. Mungkin penggunaan nama watak yang mirip dengan nama pengkaryanya, dan juga nama watak-watak lain yang dikenali khalayak, menjadikan kita seolah-olah terasa yang Sutung sedang mempersembahkan suatu kumpulan cerita yang berkisar tentang diri beliau.

Beberapa buah cerpen yang bermuat dalam kumpulan ini juga menunjukkan rasa cinta Sutung akan seni budaya bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim. Pengaruh gaya bahasa makyung dan wayang kulit terserlah dengan begitu jelas dalam beberapa buah cerpen dalam kumpulan ini.

Kumpulan yang memuatkan kenangan dan perjalanan hidup Sutung, serta rasa cintanya akan budaya warisan Tanah Serendah Sekebun Bunga ini wajar dimiliki oleh para pencinta sastera, budaya dan bahasa.