Buku

Ahli Syurga

Penulis: Dayangku Mastura

ISBN: 9789670869124

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Buku ini mengumpulkan 14 buah cerpen karya Dayangku Mastura dan cerpen “Ahli Syurga” mengisahkan kelahiran bayi bernama Adam yang lahir pramatang. Keadaan itu terjadi kerana ibunya, Khadijah, berhadapan dengan kesempitan hidup. Suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pendapatannya yang kecil memaksa Khadijah untuk bekerja bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Adam anak ketiga, kelahirannya yang sedemikian menjejaskan kesihatan Adam menyebabkan dia memerlukan bantuan hayat untuk bernafas. Kos rawatan yang besar memaksa ibu bapanya tampil meminta bantuan daripada orang ramai, lantaran itu terdengarlah suara sumbang daripada tindakannya itu. Mampukah ibu bapanya menghadapi semua itu?