Buku

Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau di Rembau

Penulis: Rohani Din

ISBN: 9789670892108

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau di Rembau ini dihasilkan daripada kutipan catatan perjalanan, pengalaman, penglihatan, pendengaran dan perasaan penulis yang dapat dijadikan sebagai renungan, buah fikir, ikutan, pedoman, panduan, nasihat, penggunaan waktu, penghuraian masalah, dan iktibar kepada khalayak pembaca.

Kisah suka, duka, lucu, gembira, sedih, geram, mual marah, jengkel, geli-geleman, dan aneh dituangkan ke dalam naskhah ini untuk dinikmati bersama khalayak pembaca dan ditinggalkan sebagai pusaka kepada anak-anak dan cucu serta generasi akan datang.

Kisah ini ditulis demi menjaga kemurnian bahasa ibunda agar tidak disisihkan oleh generasi akan datang. Semoga bahasa Melayu tidak hilang di dunia; tetap segar dipertuturkan, insya-Allah.