Buku

Kematian Dan Pengawal Berkuda

Penulis: Wole Soyinka
Penterjemah: Nazel Hashim Mohamad

ISBN: 9789674600808

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Suratan takdir Elesin Oba, Pengawal Berkuda Raja, hanya satu. Apabila Raja mangkat, dia hendaklah melakukan ritual membunuh diri dan mendahului kuda dan anjing kesayangan Raja untuk menuju ke laluan alam nenek moyang. Malangnya, seorang Pegawai Penjajah British campur tangan.

“Aksi pementasan amat berkesan seperti dalam Antogine: pertembungan nilai dan budaya yang begitu asas sehingga melahirkan tragedi: tragedi bagi setiap individu, setiap kabilah.” - Daily Telegraph

“Drama ini, karya pemenang Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan, menanyakan: ‘Entah dengan izin dewa yang mana’ orang putih dibenarkan untuk meruntuhkan dunia. Drama ini meletakkan semula teater politik yang menarik pada agendanya ... sebuah drama adikarya abad ke-20.” - Guardian

Edisi pelajar Methuen merupakan teks pelbagai drama daripada koleksi moden hinggalah kepada koleksi klasik yang dianotasi dengan teliti. Di samping teks lengkap drama ini, buku ini juga mengandungi kronologi kehidupan dan karya penulis drama; pengenalan tentang latar belakang drama; perbincangan pelbagai interpretasi; wawancara bersama Wole Soyinka; dan nota kata dan frasa dalam teks.