Buku

Kek Keju Bersisa Nasi

Penulis: Ayudez Fia

ISBN: 9789674600624

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen yang mengandungi 11 buah cerita ini disampaikan oleh penulisnya dengan menggunakan teknik penceritaan yang ringkas tetapi segar. Kisah-kisahnya diangkat daripada pelbagai latar budaya kehidupan Malaysia. Penulis sengaja menggunakan gaya bahasa yang mudah dan ringkas kerana beliau ingin menarik minat para remaja untuk membaca kisah-kisah dalam kumpulan cerpen ini.

Tema-tema yang sangat rapat dengan kehidupan para remaja menjadikan kumpulan cerpen ini wajar dibaca dan dimiliki oleh mereka. Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis lewat cerita-cerita yang digarapnya.