Buku

Kartun dan Kartunis di Malaysia

Penulis: MULIYADI MAHAMOOD

ISBN: 9789670798868

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Bookcafe Lazada

Raja Hamzah, Lat, Rejabhad dan Zunar merupakan kartunis penting negara kita. Ketokohan para kartunis ini telah disorot oleh Profesor Dr. Muliyadi dalam buku terbaharu beliau membicarakan tentang dunia kartun dan perkartunan di Malaysia.

Isi dalam buku ini sebenarnya diubah suai dan dikemas kini daripada beberapa buah kumpulan esei yang dihasilkan Profesor Dr. Muliyadi yang pernah diterbitkan dalam beberapa buah majalah dan jurnal tempatan seperti International Journal of Comic Art (IJOCA), Pemikir, Dewan Budaya dan Gila-Gila.

Apabila membaca buku ini, kita akan dapat memahami yang dunia kartun ini sebenarnya memberi impak tersendiri dalam aliran sejarah dan ketamadunan sejagat. Kartun bukan hanya setakat untuk berlelucon tanpa arah, tetapi kartun juga mampu mengubah landskap sosiobudaya dan sosiopolitik serantau. Malah, kartun juga turut menjadi medium dakwah yang berkesan yang disampaikan kepada khalayak.

Buku ini disarankan untuk dibaca oleh para peminat seni kartun itu sendiri, mereka yang terlibat dalam bidang komunikasi, para pelajar, malah sesuai juga dibaca oleh masyarakat awam untuk memahami salah satu cabang seni yang mulai mendapat perhatian semua orang.

Di samping memfokuskan kepada beberapa orang kartunis penting negara seperti Lat, Rejabhad, Raja Hamzah dan Zunar, penulis turut menghuraikan pengalamannya mengkaji dan menulis mengenai seni kartun di negara ini. Penulisan-penulisan ini umumnya telah diterbitkan dalam jurnal dan majalah tempatan dan antarabangsa seperti International Journal of Comic Art (IJOCA), Pemikir, Dewan Budaya dan Gila-Gila. Bagi tujuan penerbitan buku ini, esei-esei ini telah dikemaskini dan diiringi dengan lebih banyak ilustrasi berkaitan.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial