Buku

Kalvaria

Penulis: Suwaibah Abd Hadi

ISBN: 9789674607630

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 45.00 / 50.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Saya tidak sanggup untuk meneruskan bidang ini! Lagipun, saya bersebab. Sampai bila saya terpaksa berhadapan dengannya? Saya perlu mencari jalan penyelesaian. Ini adalah yang terbaik. Saya tidak mahu kehidupan saya selepas kahwin sama seperti kehidupan Mama dan Papa. Hingga kami adik-beradik tinggal bersama atuk dan nenek di kampung.” Minu Qazrina nekad dengan keputusannya. Kehidupan tidak pernah menjanjikan bahagia semata-mata. Setiap langkah mempunyai risiko. Namun, manusia dikurniakan akal dan upaya yang istimewa berbanding makhluk ciptaan tuhan yang lainnya. Di ruang kalvarianya, Muni Qazrina, bertelagah dengan kehendak keluarga dan diri sendiri. Membuat keputusan tanpa menyakiti hati orang tua, bukanlah hal yang mudah. Soal kerjaya, soal cinta dan soal membuat keputusan untuk kelangsungan hidup menemukan Muni Qazrina dengan pelbagai peristiwa dan kerenah manusianya yang akhirnya membentuk perjalanan kehidupannya.