Buku

Janji Adha

Penulis: Nurhayati Ishak

ISBN: 9789670869766

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Adha, remaja yang cekal menelusuri perjalanan hidup remajanya yang penuh onak dan duri. Dilahirkan dalam keluarga yang susah, ditambah pula dengan kebejatan sosial abang dan kakaknya, membuatkan Adha perlu kuat menjaga keluarga, terutama ibunya yang menjadi nadi kepada keluarga mereka. Adha difitnah. Adha diuji oleh kehadiran Zulaikha. Adha membawa diri setelah dirinya diperlakukan seperti tiada maruah dan dalam usaha memperkukuhkan diri dengan ilmu dan nilai kemanusiaan.

Seperti layang-layang yang terputus talinya, Adha terus membiarkan dirinya dibawa deru angin kehidupan. Namun, Adha tetap memelihara jati diri dan kekuatan semangatnya kerana percaya kepada janji Allah dan demi janjinya kepada diri sendiri – untuk membahagiakan keluarganya suatu hari kelak.