Buku

Ikan-Ikan di Kaca

Penulis: Yassin Salleh

ISBN: 9789670869797

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Puisi-puisi dalam Ikan-Ikan di Kaca sengaja dikekalkan dalam nafas asal yang dialirkan oleh Yassin Salleh. Ianya terhasil daripada aksara yang diketik pada mesin taip, dan itu ialah pengalaman kreatif Yassin Salleh 46 tahun yang lampau, tetapi kini kebanyakan puisinya dilahirkan melalui papan kekunci telefon genggamnya, lalu dihantar dan dikongsi bersama teman-temannya tanpa mengira waktu. Kadang-kadang, puisinya menjengah teman-temannya, pada waktu matahari tegak di atas kepala, kadang-kadang pula pada waktu dinihari yang bening.

Pak Habib (Syed Husin Al-Attas) menggelar Yassin Salleh sebagai “Gangster Sastera”, lantaran ketajaman kata-katanya apabila berbicara. Namun, ia seperti suatu paradoks, sebenarnya. Tajamnya kata-kata Yassin Salleh diluncurkan dengan kata demi kata yang sangat halus. Tajamnya jiwa Melayunya sangat kental. Ia bagaikan suatu jelmaan pujangga Melayu zaman silam yang menikam dengan kata yang bersulamkan kehalusan kata-kata. Pun begitu, sisi romantis Yassin Salleh jarang-jarang diketahui orang. Dalam buku ini, Yassin Salleh menunjukkan yang beliau ialah seorang yang sangat patuh akan cintanya kepada orang-orang yang disayanginya. Cinta Yassin Salleh kepada isterinya, dihantar bersama-sama ke pusara isterinya dan ia diam di sana. Cinta Yassin Salleh tidak pernah mati. Rindunya dan sayangnya masih menebal. Cinta dan sayangnya adalah untuk isteri dan anak-anaknya.

Kumpulan puisi ini menampilkan sesuatu yang istimewa. Dalamnya ada rasa cinta yang penuh melankolia. Dalamnya juga ada kritik yang kadang-kadang kasar bunyinya, kerana itulah Yassin Salleh.