Buku

Ibnu Khaldun : Riwayat Hidup dan Karyanya

Penulis: Mohammad Abdullah Enan

ISBN: 9789830687834

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir, Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Ibnu Khaldun, ahli historiografi dan sejarawan Arab abad ke-14, dianggap sebagai pengasas sejarah, sosiologi dan ekonomi moden. Beliau hidup pada zaman berlakunya pergolakan dalam sejarah, dan melalui pengalamannya, beliau “memikirkan dan menggagaskan falsafah sejarah yang diyakini paling hebat pernah dihasilkan oleh seorang yang bijak . . .”. Karya ini juga memaparkan pergolakan yang berlaku dalam kehidupan Ibnu Khaldun yang terkesan akibat persaingan politik. Zaman pergolakan inilah yang telah memberinya peluang untuk menulis Muqaddimah (Prolegomena), lantas meletakkannya sebagai suatu nama besar dalam kalangan ahli sejarah, sosiologi dan falsafah.

Mohammad Abdullah Enan (1896 – 1986), salah seorang daripada ahli sejarawan kontemporari terkenal dunia Arab, ialah seorang peguam. Beliau pernah berkhidmat sebagai penolong pengarah di Jabatan Akhbar Kementerian Dalam Negeri Mesir. Beliau juga seorang pensyarah di Fakulti Sastera, Fouad University (sekarang Cairo University). Karyanya termasuklah (dalam bahasa Arab) Qadaya al – Tarikh al – Kubra, Tarikh al - Jim’iyat al – Siriyyah, Misr al – Andalus (8 jilid); dan dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Decisive Moments in the History of Islam.