Buku

Hidup Tak Selalunya Indah

Penulis: Kasajiza A.S

ISBN: 9789674303419

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Puisi Hidup Tak Selalunya Indah merupakan warna-warni hati Kasajiza A.S. yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu sajak yang pernah disiarkan di media massa dan sajak yang belum pernah disiarkan. Sajak-sajaknya memaparkan isu segar tentang manusia dan kemanusiaannya. Kebanyakan sajaknya berbentuk bebas walaupun ada yang berunsur pantun, syair dan gurindam. Ada sajak yang ringkas pemikirannya namun memberi makna yang dalam. Estetiknya sajak-sajak Kasajiza A.S. terletak pada kekuatan penggunaan bahasa yang mendorong imaginasi yang luas.