Buku

Deskripsi Mengenai Sabah Daripada Pelbagai Perspektif: Esei-esei Sumbansih Untuk Sabihah Osman

Penulis: Eko Prayitno Joko

ISBN: 9789674602888

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 38.00 / 43.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Sejarah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan faunanya, tetapi juga kaya dengan kisah sejarahnya. Namun dalam tempoh masa tertentu, kekayaan ini masih tidak mampu menarik minat para sarjana tempatan untuk datang melihat, mengkaji dan seterusnya menulis berkenaan Sabah sehinggalah Sabihah Osman mendobrak tembok kekebalan tersebut dengan melakukan pengkajian berkaitan aspek politik dan sosial masyarakatnya.

Perkara inilah yang menjadikan penulisan beliau sebagai salah satu rujukan utama dalam pengkajian berkenaan Sabah. Justeru, wajar sekiranya seorang sarjana seperti beliau dikenang oleh generasi yang telah mengenalnya dan patut pula diperkenalkan kepada generasi akan datang. Atas matlamat tersebut, maka terhasillah buku ini yang bukan sahaja mengenang seorang guru, teman dan pakar yang luar biasa, tetapi juga melukiskan sebuah galaksi kepakaran berkenaan Sabah yang sumber geraknya berporoskan pada sosok Sabihah Osman.

Kehadiran buku ini jagat ilmu tanah air telah memperkaya khazanah wacana ilmiah khususnya yang berkaitan dengan Sabah. Sesungguhnya selain sebagai mengenang jasa Profesor Emeritus Dr. Sabihah Osman, buku ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang berwibawa khususnya kepada pengkaji dan peminat sejarah tanah air.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial