Buku

Berguru Pada Sejarah

Penulis: Haryatie Ab. Rahman

ISBN: 9789674607746

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Karya yang terkumpul dalam kumpulan puisi ini merupakan catatan-catatan kecil yang dimunculkan kembali setelah sekian lama seakan-akan terkurung di bawah tempurung kesibukan waktu. Ia merupakan getaran perasaan dan cetusan fikiran yang kembali mengocak upaya sensitiviti dan kreativiti diri pada waktu-waktu senggang tertentu, terusik oleh situasi semasa yang berlegar di persekitaran diri dan lingkungan masyarakat. Isu-isu bersifat kemanusiaan sejagat, perenungan diri, dunia siasah, bahasa, kerohanian, didaktik, cinta, konsep ilmu, dan catatan perjalanan ke daerah-daerah tertentu, mendasari subjek yang cuba diungkapkan dalam kumpulan puisi kecil ini.