Buku

Asas Sains: Tenaga Elektrik

Penulis: Claire Llewellyn
Penterjemah: Nur Hayati Buhri

ISBN: 9789830685946

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 8.00 / 10.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Sains

Beli Dalam Talian:

Asas Sains merupakan buku sains pertama untuk murid Tahap Satu yang diterbitkan khusus untuk membantu pembelajaran dalam kerja sains.

Tajuk ini menggalakkan kanak-kanak untuk memikirkan tentang pelbagai peralatan elektrik yang kita gunakan setiap hari di rumah dan di sekolah. Mereka akan belajar untuk membezakan jenis peralatan elektrik yang menggunakan sumber elektrik utama dan peralatan yang menggunakan bateri. Mereka akan mengetahui betapa elektrik adalah sumber tenaga yang berkuasa selain memberitahu mereka tentang bahaya yang berkait dengannya. Litar elektrik dijelaskan dengan terperinci dan kanak-kanak digalakkan untuk membuat litar mereka sendiri serta mencari jalan untuk menyelesaikan litar yang tidak berfungsi.

- Teks yang ringkas, gambar foto khas dan reka bentuk yang menarik.
- Soalan menggalakkan kanak-kanak untuk menyatakan pandangan mereka tentang topik sains.
- Kata kunci dijelaskan dalam bahagian kosa kata.
- Nota tambahan untuk ibu bapa dan guru.
- Carta digunakan mengikut kesesuaian.