Buku

Asas Sains: Bunyi dan Pendengaran

Penulis: Claire Llewellyn
Penterjemah: Nur Hayati Buhri

ISBN: 9789830685953

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 8.00 / 10.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Sains

Beli Dalam Talian:

Asas Sains merupakan buku Sains pertama untuk murid Tahap Satu yang diterbitkan khusus untuk membantu pembelajaran dalam kerja Sains.

Tajuk ini menggalakkan kanak-kanak untuk mendengar bunyi yang berbeza dan bunyi yang kita dengar sehari-hari, termasuk pelbagai bunyi yang dikeluarkan oleh badan kita. Kanak-kanak akan mengetahui bagaimana telinga memberitahu kita dari mana datangnya sesuatu bunyi dan bagaimana bunyi dapat memastikan kita selamat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan pelbagai perkataan yang kita gunakan untuk menerangkan tentang bunyi dan boleh merakam cerita berbunyi mereka sendiri.

- Teks yang ringkas, gambar foto khas dan reka bentuk yang menarik.
- Soalan menggalakkan kanak-kanak untuk menyatakan pandangan mereka tentang topik sains.
- Kata kunci dijelaskan dalam bahagian kosa kata.
- Nota tambahan untuk ibu bapa dan guru.
- Carta digunakan mengikut kesesuaian.