Buku

Asas Sains: Bahan

Penulis: Claire Llewellyn
Penterjemah: Nur Hayati Buhri

ISBN: 9789830685922

Tahun Terbit: 2010

Harga: RM 8.00 / 10.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Sains

Beli Dalam Talian:

Asas Sains merupakan buku sains pertama untuk murid Tahap Satu yang diterbitkan khusus untuk membantu pembelajaran dalam kerja sains.

Tajuk ini menggalakkan kanak-kanak untuk menerokai pelbagai bahan yang digunakan untuk pelbagai objek. Kanak-kanak akan menerokai perbezaan antara bahan semula jadi dengan bahan tiruan dan menggalakkan mereka untuk berfikir mengapa kita memilih bahan tertentu untuk kerja tertentu. Kanak-kanak akan mengetahui pelbagai cara bagaimana mereka dapat mengubah bentuk beberapa jenis bahan. Ia diperkenalkan dalam pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk mengubah bentuk beberapa jenis bahan. Terdapat bahagian yang menerangkan cara untuk memanaskan dan menyejukkan bahan dan bagaimana memasak boleh mengubah beberapa jenis makanan serta membuatkan ia lebih selamat untuk dimakan.

- Teks yang ringkas, gambar foto khas dan reka bentuk yang menarik.
- Soalan menggalakkan kanak-kanak untuk menyatakan pandangan mereka tentang topik sains.
- Kata kunci dijelaskan dalam bahagian kosa kata.
- Nota tambahan untuk ibu bapa dan guru.
- Carta digunakan mengikut kesesuaian.