Buku

Apologia

Penulis: Ridzuan Kamis

ISBN: 9789674605421

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Kumpulan Puisi: Apologia disorotkan secara sinisisme dan bermakna serta mengandungi unsur falsafah pemikiran secara konotasi dan detonasi. Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada dua fragmen, iaitu fragmen 1: menyoroti nurani insani dan fragmen 2: menyoroti maknawi duniawi. Dalam fragmen 1, puisi-puisi lebih berkisah dalam perenungan untuk menggalurkan sinisisme tentang diri dan keakukan yang dapat memberi erti manusiawi duniawi yakni berkaitan persoalan umum tetapi tetap menguntai tentang diri secara akliah, ilmiah dan berhemah. Dalam puisi ini tergalur kefalsafahan yang mengandungi motivasi secara terpimpin dan bermakna yang mengungkapkan persoalan yang barangkali tidak terfikir oleh akal pemikiran bawah sedar atau atas sedar. Garapan puisi ini tidak rancu dan senang difahami kerana mengaplikasikan bahasa yang mudah tetapi berealistik, berestetik, intuitif, kompetitif dan komunikatif dalam menyalurkan makna secara berterus terang dan tidak bolos idea. Kesemua 77 puisi ini bersifat dan berjasad pendek tetapi beroh yang berjela-jela jika dikupas dengan sihir mata akal dan mata hati.