Buku

Antologi Cerpen Malaysia-Taiwan

Penulis: Mohamad Saleeh Rahamad, I-Chih Chen

ISBN: 9789674305253

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sastera merupakan jendela batiniah sesebuah masyarakat kerana penulis akan memaparkan gejolak pemikiran dan permasalahan masyarakat yang melingkunginya. Kesannya tidak sama dengan karya faktual yang kaku dan objektif serta tidak mengandungi nilai emosi dan etos manusianya. Berlandaskan premis itu, antologi cerpen enam pengarang Malaysia dan Taiwan ini berupaya menjadi jendela yang membentangkan pandangan dunia kedua-dua masyarakat. Pengarang yang terpilih dalam penerbitan antologi cerpen ini mewakili sasterawan yang diakui kepengarangannya oleh negara masing-masing. Perkongsian pengetahuan ini akan berupaya mencerahkan kegelapan yang selama ini menyelubungi minda khalayak kedua-dua negara. Inilah laluan yang cukup indah untuk memasuki alam fikiran manusia biarpun antara pembaca dengan penulisnya saling tidak mengenali.