Buku

Aku Orang Kampung

Penulis: Wan Noorliza Razali

ISBN: 9789674602956

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 18.00 / 23.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Anda orang kampung? Siapakah antara kalian yang sedang menghadap naskhah ini merupakan budak kampung, yang berasal dari kampung, yang menetap di kampung, yang bergelumang dengan bau selut dan lumpur, yang lali dengan keriauan kerbau, lembu, kambing, ayam, itik?

Walaupun judul naskhah ini kumpulan puisi remaja: Aku Orang Kampung, persoalan dan pemikiran yang bermain di setiap bait puisi yang terkandung di dalamnya kerap mengetuk pelbagai sudut pintu akal golongan remaja tanpa mengira orang kampung mahupun orang bandar kerana kedua-duanya bernafas di bawah langit Tuhan, bersama segala macam ragam makhluk-Nya.

Penggunaan laras bahasa langsung oleh penulis menjadikan ilham rasanya ini bersifat denotatif dan eksplisit – sesuai dengan daya pemikiran para remaja.