Buku

Aku Akan Terus Melangkah

Penulis: Imlan Adabi

ISBN: 9789674607548

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Aku Akan Terus Melangkah merupakan kumpulan puisi remaja karya Imlan Adabi salah seorang penulis prolifik berasal dari Kelantan. Pengucapan puisinya sempurna dengan garapan mantap serta memperaga stail dan teknik penulisan yang menarik. Beliau menampilkan tema yang pelbagai namun sebahagian besar berkisar tentang pengalamannya mengembara ke luar negara, selain sajak-sajak protes yang menyentuh perihal masyarakat tradisi, budaya dan keagamaan.

Mesej yang di ketengahkan juga tiada unsur tersirat dalam sajaknya. Puisi dalam kumpulan ini dipersembahkan tanpa berkias dan mudah difahami selain menampakkan kematangan penyair berfikir sesuai dengan pengalamannya sebagai bekas wartawan akhbar.