Buku

350 Juta Saat di Malaysia: Kenangan Seorang Diplomat Venezuela

Penulis: Manuel Guzmán
Penterjemah: Johan Dzulkifli

ISBN: 9789674606961

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Buku ini menghimpunkan perkongsian pengalaman dan kenangan yang sarat dengan gugusan pemikiran dan wawasan seorang diplomat yang telah berkhidmat dan menetap di Malaysia selama lebih daripada satu dekad. Kepelbagaian kisah dan pengalaman yang dipaparkan pastinya akan menyumbang ke arah keunikan autobiografi ini.

Buku ini berada di pasaran sewaktu Malaysia meraikan 60 tahun kemerdekaan, iaitu sewaktu jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur serta bandar di seluruh Malaysia mengibarkan jutaan bendera bersempena Kemerdekaan Negara yang ke-60. Buku ini juga merupakan penghormatan penulis kepada negara ini, mengambil sempena perjuangan yang panjang demi mencapai kemerdekaan serta rasa bangga rakyat negara ini yang bebas merdeka.