Latihan

Webinar Penterjemahan ITBM 2026 | Sempena Hari Penterjemah Sedunia (30 Sep 2026)

sell RM 55.00
timer 3 jam / 1 hari
calendar_month 30 Sep 2026

Deskripsi

Tajuk : NAVIGASI PELUANG KERJAYA ERA AI & LLM
Di Mana Peluang Baharu untuk Penterjemah? MENEROKA Peranan, Kemahiran & Sumber Pendapatan Baharu dalam Industri Bahasa

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) dan Large Language Models (LLM) sedang mengubah landskap industri bahasa dan cara penterjemah bekerja. Webinar Penterjemahan ITBM 2026 membawa peserta meneroka perubahan ini serta peluang baharu yang muncul dalam ekosistem bahasa digital.

Webinar ini membincangkan peranan AI dan LLM dalam proses penterjemahan, kemahiran yang masih memerlukan kepakaran manusia serta peluang kerjaya baharu seperti Machine Translation Post-Editing (MTPE), AI Output Evaluation, Linguistic Validation, AI Data Annotation dan Prompt Evaluation. Peserta turut diperkenalkan kepada peluang dalam permainan komputer, audiovisual/ sarikata/ alih suara serta aplikasi dan perisian penyetempatan.

Kandungan

1. AI, LLM dan Perubahan Industri Penterjemahan
2. Peluang Baharu dalam Ekosistem AI dan Bahasa
3. Lokalisasi dan Kandungan Digital

Perkongsian Pengamal Industri
- Peserta turut berpeluang mendapatkan perspektif dan pengalaman daripada pengamal industri berkaitan perkembangan kerjaya, perubahan keperluan industri serta peluang baharu dalam bidang bahasa.

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & pertanyaan umum : 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

(1) Memahami konsep asas AI dan LLM serta kaitannya dengan industri bahasa dan penterjemahan.
(2) Mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap proses kerja dan peranan penterjemah dalam era AI.
(3) Meneroka peluang kerjaya dan sumber pendapatan baharu dalam ekosistem AI, termasuk MTPE, AI Evaluation, Annotation dan Linguistic Validation.
(4) Memahami perkembangan bidang lokalisasi seperti game, audiovisual, subtitle, dubbing, aplikasi dan perisian.
(5) Mengenal pasti kemahiran dan kepakaran manusia yang terus diperlukan dalam industri penterjemahan walaupun teknologi AI semakin berkembang.

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti webinar ini, peserta dapat:

(1) Memahami asas AI dan LLM serta hubung kaitnya dengan bidang bahasa dan penterjemahan.
(2) Mengetahui kesan AI dan LLM terhadap kaedah serta proses kerja penterjemah.
(3) Mengenal pasti sekurang-kurangnya beberapa peluang kerjaya baharu dalam ekosistem AI dan bahasa.
(4) Membezakan antara peranan penterjemah tradisional dengan peranan baharu seperti AI evaluator, linguistic validator dan data annotator.
(5) Mengenal pasti peluang dalam bidang game localization, audiovisual dan app/software localization.
(6) Membuat persediaan awal dari segi kemahiran dan kompetensi untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan industri bahasa digital.

Mod Pembelajaran

Kuliah

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu

Sijil

Sijil Penyertaan Webinar Penterjemahan ITBM 2026
*Sijil digital




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)