Latihan

Webinar: Voices of Romance Languages

sell RM 108.00
location_on Atas Talian
timer 2 jam / 1 minggu
calendar_month 23 Sep 2026

Deskripsi

Webinar Voices of Romance Languages merupakan sebuah program khas yang dianjurkan oleh ITBM untuk memberikan pendedahan kepada orang awam berkaitan bahasa-bahasa Romawi (Romance languages) dan hal-hal seputar keluarga bahasa ini. Webinar yang akan berlangsung selama 2 jam ini akan menyentuh tentang sejarah dan juga perbezaan antara bahasa-bahasa Romawi ini. Selain itu, ahli panel akan turut berkongsi berkaitan pembelajaran dan juga pengajaran bahasa-bahasa Romawi ini.

Butiran program:
1. Tarikh: 23/09/2026 (Rabu)
2. Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Bahasa-bahasa Romawi merupakan salah satu keluarga bahasa yang wujud di dunia ini. Walaupun bahasa-bahasa ini berasal dari Eropah, jumlah bilangan penutur mereka merupakan antara yang terbesar jika dibandingkan dengan keluarga bahasa yang lain! Oleh itu, kami di ITBM teruja ingin berkongsi tentang satu keluarga bahasa yang signifikan dalam dunia pembelajaran bahasa asing ini.

Antara elemen yang akan diterapkan dalam Webinar Voices of Romance Languages adalah seperti berikut:

1) Sejarah kewujudan bahasa-bahasa Romawi
2) Senarai bahasa Romawi
3) Perbezaan dan persamaan antara bahasa-bahasa Romawi dari sudut tatabahasa, kosa kata, dan lain-lain
4) Kaedah belajar & mengajar bahasa-bahasa Romawi

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Objektif Webinar Voices of Romance Languages adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa-bahasa Romawi (Sepanyol, Itali, Perancis, Portugis, dll) yang sangat meluas penggunaannya dalam dunia hari ini.
ii. Memperkenalkan perbezaan dan sejarah bahasa-bahasa Romawi kepada masyarakat awam.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir Webinar Voices of Romance Languages ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami jenis-jenis bahasa Romawi
ii. Memahami sebab wujudnya bahasa-bahasa Romawi ini dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut.

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu dan Inggeris.




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)