Latihan
LEVEL UP GAMERS!: Tukar Hobi Menjadi Kerjaya dengan Penterjemahan Game
Deskripsi
Bengkel ini direka khas untuk para gamer yang mahu menjadikan hobi mereka sebagai sumber pendapatan yang sebenar. Peserta akan didedahkan kepada dunia penterjemahan permainan, menguasai teknik asas, belajar menggunakan alat profesional seperti Crowdin dan Lokalise, serta memahami konteks budaya yang penting dalam penyetempatan game. Anda juga akan diperkenalkan kepada platform kerja seperti Upwork, Fiverr dan Gengo, cara mencari projek game, membina portfolio yang meyakinkan, serta tip menghadapi ujian penterjemahan industri sebenar.
Sertai bengkel ini dan buka pintu kepada kerjaya baharu dalam industri permainan global — peluang anda untuk mula menjana pendapatan sebagai penterjemah 'game' bermula di sini!
Kandungan
• Mendedahkan peserta kepada kerjaya terjemahan permainan
• Membekalkan kemahiran praktikal: Teknik terjemahan, penggunaan alat (CAT tools seperti Crowdin, Lokalise), dan memahami konteks budaya.
• Menghubungkan peserta dengan platform terjemahan (contoh: Upwork, Fiverr, Gengo)
• Meningkatkan kualiti terjemahan permainan tempatan/antarabangsa dengan tenaga kerja mahir
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)
Objektif
1) Mendedahkan peserta kepada kerjaya terjemahan permainan sebagai sumber pendapatan sampingan/utama.
2) Membekalkan kemahiran praktikal: Teknik terjemahan, penggunaan alat (CAT tools seperti Crowdin, Lokalise), dan memahami konteks budaya.
3) Menghubungkan peserta dengan platform terjemahan (contoh: Upwork, Fiverr, Gengo) dan syarikat permainan.
4) Meningkatkan kualiti terjemahan permainan tempatan / antarabangsa dengan tenaga kerja mahir.
5) Pelajarai cara mendapatkan projek/kerja menterjemah ‘game’
6) Diperkenalkan dengan platform berkaitan iaitu LocJobs dan Keywoods Sudio
7) Panduan menghasikan portfolio sebagai penterjemah ‘game’
8) Tip dan panduan menduduki ujian dan pengurusan projek terjemahan ‘game’
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
1) Menjelaskan potensi dan laluan kerjaya dalam bidang penterjemahan permainan, termasuk pilihan kerja sambilan dan sepenuh masa.
2) Mengaplikasikan teknik penterjemahan asas, menggunakan CAT tools seperti Crowdin dan Lokalise, serta menyesuaikan kandungan mengikut konteks budaya.
3) Mengenal pasti dan meneroka platform kerja seperti Upwork, Fiverr, dan Gengo serta peluang kerjasama dengan syarikat permainan.
4) Menghasilkan terjemahan permainan yang tepat dan berkualiti tinggi, sejajar dengan keperluan industri tempatan dan antarabangsa.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan Kursus/Bengkel ITBM