Latihan

Kursus Penterjemahan Am (Intensif)

sell RM 1,620.00
timer 60 jam / 2 minggu berturut
calendar_month 02 Feb 2026 - 13 Feb 2026
calendar_month 13 Jul 2026 - 24 Jul 2026
calendar_month 07 Dec 2026 - 18 Dec 2026

Deskripsi

Kursus Penterjemahan Am (KPA) merupakan program latihan asas dan profesional anjuran ITBM yang bertujuan memperkenalkan peserta kepada prinsip, kaedah dan teknik asas dalam penterjemahan pelbagai bidang. Kursus ini dirancang khas untuk individu yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang terjemahan atau meningkatkan kemahiran sedia ada secara sistematik dan berstruktur.

Kandungan

• Asas, Teori, dan Teknik Penterjemahan
• Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan
• Tatabahasa Melayu dalam Penjemahan
• Penterjemahan Teks Pelbagai Bidang (Umum, Komunikasi Massa, Sains Sosial, Sastera Kreatif, Sains dan Teknologi, dan Undang-Undang

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,
• mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,
• berupaya untuk menterjemah pelbagai jenis teks.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Pencapaian Penterjemahan ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)