Latihan
Jom Berbahasa Jepun (Peringkat Pengenalan)
Deskripsi
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Jepun. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Jom Berbahasa Jepun (Pengenalan) merangkumi aspek seperti sapaan, pengenalan diri, huruf dan nombor, kata ganti nama, perbualan asas harian serta budaya Jepun.
Butiran program:
1. Tarikh:
Sesi 1 - 4, 11, 18 dan 25 April 2026 (4 kali Sabtu)
Sesi 2 - 18, 25 Julai, dan 1, 8 Ogos (4 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Program Jom Berbahasa Jepun (Pengenalan) diperkenalkan kepada murid sekolah atau pelajar yang berminat untuk mengetahui asas komunikasi bahasa Jepun. Program ini berlangsung pada setiap Sabtu selama 4 minggu secara berturut (3 jam/sesi) yang memfokuskan kepada elemen komunikasi dan pengetahuan tentang budaya Jepun. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan serta keyakinan bertutur peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mempelajari kosa kata dan ungkapan asas perbualan harian seperti sapaan, nombor, warna serta mengenali budaya Jepun secara umum.
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Tujuan utama program Jom Berbahasa Jepun (Pengenalan) adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Jepun yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Selain itu, tarikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sastera, falsafah dan budaya Jepun menarik ramai penutur bukan asli untuk mempelajari bahasa Jepun.
Selain itu, antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan kosa kata asas dalam bahasa Jepun melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta
ii. Menggunakan kosa kata dan frasa kata dalam perbualan harian.
iii. Mendedahkan murid kepada sosiobudaya Jepun, termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan mengenali frasa asas dalam bahasa Jepun.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa kata asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenali elemen sosiobudaya Jepun termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir ke tiga kelas.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.