Latihan

Jom Berbahasa Itali (Peringkat Pengenalan)

sell RM 594.00
location_on Institut Terjemahan & Buku Malaysia
timer 12 jam / 4 minggu
calendar_month 02 May 2026 - 23 May 2026

Deskripsi

Program Jom Berbahasa Itali (Pengenalan) diperkenalkan kepada murid sekolah dan pelajar yang berminat untuk mengetahui asas komunikasi dalam bahasa Itali. Program ini akan berlangsung pada setiap hari Sabtu, selama 4 minggu berturut. Waktu pembelajaran bagi setiap sesi adalah 3 jam yang memfokuskan kepada elemen bahasa terutama aspek komunikasi dan budaya Itali. Konsep pembelajaran yang diterapkan adalah konsep komunikatif, rasionalisasi dan kolektif di samping mengekalkan aspek utama pembelajaran berkonsepkan terjemahan serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan. Melalui program ini, peserta akan mempelajari kosa kata dan ungkapan asas perbualan harian seperti sapaan, nombor, warna serta mengenali budaya Itali secara umum.

Butiran program:
1. Tarikh: 2, 9, 16 dan 23 Mei 2026 (4 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Bahasa Itali merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Itali. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Jom Berbahasa Itali (Pengenalan) merangkumi aspek seperti sapaan, pengenalan diri, huruf dan nombor, kata ganti nama, perbualan asas harian serta budaya Itali.

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis

Objektif

Tujuan utama Program Jom Berbahasa Itali (Pengenalan) adalah untuk menarik minat murid dan pelajar mempelajari bahasa Itali yang kaya dengan unsur seni, sastera, falsafah dan budaya.

Selain itu, antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan kosa kata asas dalam bahasa Itali melalui aktiviti yang sesuai dengan tahap keupayaan peserta.
ii. Menggunakan kosa kata dan frasa dalam perbualan harian.
iii. Mendedahkan peserta kepada sosiobudaya Itali, termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan mengenali frasa asas dalam bahasa Itali.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa kata asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenali elemen sosiobudaya Itali termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Itali

Sijil

i. Sijil Penyertaan Jom Berbahasa Itali ITBM*
*tertakluk kepada bilangan kehadiran sepanjang tempoh program

ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Itali.




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)