Latihan

HRDC Claimable - Bengkel Asas Penterjemahan (Fundamental Translation Workshop)

sell RM 1,400.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 22 Dec 2025 - 23 Dec 2025

Deskripsi

Bengkel Asas Penterjemahan (Fundamental Translation Workshop) ini merupakan bengkel yang disediakan untuk majikan yang mencarum di HRD Corp. Sebagai menambah kemahiran staf, bengkel ini dapat memberikan pemahaman ringkas berhubung pengetahuan asas tentang penterjemahan, teknik dan asas berhubung bahasa Melayu dalam penterjemahan dan mengaplikasikannya.

Berikut adalah kaedah bagi mendaftar staf dalam program ini:
1) Lengkapkan borang pendaftaran (di bawah)
2) Menerima e-mel pengesahan bersama dokumen sokongan daripada ITBM
3) Kemukakan permohonan GERAN HRD Corp.
4) Setelah mendapat kelulusan GERAN HRD Corp., kirimkan pengesahan kepada ITBM

Kandungan

• Asas, Teori, dan Teknik Penterjemahan
• Bahasa Melayu dalam Penterjemahan
• Amali Penterjemahan dan Perbincangan

Keperluan

Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)

Hubungi Kami untuk mendapatkan brosur, maklumat lanjut bengkel atau menempah slot:
1) Pendaftaran: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik: 03-4145 1973 (HIdayah)
3) Yuran & Pembayaran: 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran: 03-4145 1977 (Shikin)

*Yuran dikenakan adalah termasuk 8% SST yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
**Penyertaan secara berkumpulan (5 peserta atau lebih) boleh mencadangkan tarikh penganjuran mengikut kesesuaian pihak syarikat (majikan).

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks terpilih menggunakan prosedur terjemahan yang betul dan selari dengan amalan industri.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• menguasai pengetahuan asas tentang penterjemahan
• mengenal pasti dan menggunakan teknik penterjemahan yang betul dan selari dengan amalan industri, dan
• mendalami pengetahuan asas berhubung bahasa Melayu dalam penterjemahan dan mengaplikasikannya.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Kursus/Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)