Latihan
Bengkel Tulisan Jepun: Hiragana dan Katakana
Deskripsi
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Jepun. Antara elemen yang akan diterapkan dalam Bengkel Tulisan Jepun: Hiragana dan Katakana ini merangkumi aspek seperti perbezaan antara sistem-sistem tulisan Jepun, cara menulis Hiragana dan Katakana, cara membaca, dan lain-lain.
Butiran program:
1. Tarikh: 30 Mei, 6, 13 dan 20 Jun 2026
2. Masa: 9.30 pagi-12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bengkel Tulisan Jepun: Hiragana dan Katakana ini diperkenalkan kepada murid sekolah, pelajar atau orang awam yang berminat untuk mengetahui asas kepada dua sistem tulisan Jepun ini. Program ini berlangsung pada setiap Sabtu selama 4 minggu secara berturut (3 jam/sesi) yang memfokuskan kepada elemen penulisan dan pembacaan tulisan Jepun. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mendapat pendedahan dan latihan yang intensif bagi menguasai sistem tulisan Hiragana dan juga Katakana dengan baik.
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Tujuan utama Bengkel Tulisan Jepun: Hiragana dan Katakana ini adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Jepun yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Dengan pendedahan kepada asas bahasa Jepun, iaitu sistem tulisannya, diharapkan pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Jepun dengan lebih mendalam.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan dua sistem tulisan bahasa Jepun (Hiragana dan Katakana) kepada pelajar
ii. Mengajar pelajar cara untuk menulis dan membaca menggunakan dua sistem tulisan bahasa Jepun (Hiragana dan Katakana)
iii. Menyediakan batu asas kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Jepun dengan lebih mendalam dan di peringkat yang lebih tinggi
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti huruf-huruf / suku kata dalam bahasa Jepun, sama ada dalam bentuk Hiragana atau Katakana
ii. Membaca tulisan Jepun yang ditulis menggunakan Hiragana atau Katakana
iii. Menulis bahasa Jepun menggunakan Hiragana atau Katakana
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir ke tiga kelas.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.