Latihan
Bengkel Peralatan & Teknologi dalam Penterjemahan
Deskripsi
Bengkel ini memberi pendedahan menyeluruh tentang teknologi yang digunakan dalam industri penterjemahan moden. Peserta akan belajar mengenal pasti alat bantu terjemahan yang relevan, memahami fungsi dan jenis teknologi berkaitan, serta melakukan latihan amali untuk menggunakan peralatan tersebut dengan tepat dan berkesan. Bengkel ini sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti kerja terjemahan menggunakan teknologi profesional.
Kandungan
• Pengenalan Teknologi dalam Penterjemahan
• Istilah dan Jenis Teknologi yang Berkaitan
• Penerokaan Alat Bantu Terjemah
• Amali Penggunaan Teknologi
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)
Objektif
Untuk membolehkan peserta mengenal pasti dan menggunakan peralatan dan teknologi yang bersesuaian untuk menterjemah sesuatu teks mengikut keperluan industri.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti peralatan dan teknologi yang sesuai untuk menterjemah sesuatu teks, dan
• menggunakan peralatan dan teknologi dengan betul dan berkesan.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom, Google Classroom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan Bengkel ITBM