Latihan
Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi
Deskripsi
Ingin menulis surat rasmi, memo, e-mel atau minit mesyuarat yang kemas, tepat dan profesional? Bengkel ini direka khas untuk membantu peserta menguasai tatabahasa Melayu standard, memahami dasar bahasa, serta menerapkan format dan laras penulisan rasmi dengan betul. Melalui bimbingan dan latihan praktikal, peserta akan belajar teknik penulisan yang tepat, tersusun dan meyakinkan bagi pelbagai jenis dokumen rasmi. Sesuai untuk penjawat awam, sektor swasta, graduan dan sesiapa sahaja yang mahu meningkatkan profesionalisme dalam komunikasi bertulis. Sertai bengkel ini dan kuasai penulisan rasmi yang berkualiti tinggi!
Kandungan
• Dasar Bahasa Melayu
• Tatabahasa Bahasa Melayu
• Pengenalan Penulisan Rasmi
• Penulisan Surat Rasmi, Memo/E-mel dan Minit Mesyuarat
Keperluan
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)
Objektif
Untuk membolehkan peserta berupaya menulis dokumen rasmi menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa, serta sesuai dengan format, gaya dan laras penulisan rasmi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk menulis dokumen rasmi menggunakan tatabahasa yang betul, serta mematuhi format, gaya dan laras untuk penulisan rasmi.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom, Google Classroom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu
Sijil
Sijil Penyertaan Bengkel ITBM